Monday, 13 June 2011

Cara Buat Header Blog Guna Photoshop

Tutorial berikut adalah basic kepada sesiapa yang tak tahu buat header transparent. Anda haruslah belajar yang basic ini dahulu sebelum beralih ke cara buat header yang lebih advance. Jom buat header!! ikut step by step ya :)

Sebelum start, anda haruslah :
Memiliki perisian Adobe Photoshop. Boleh download di sini
Download font kegemaran anda di sini ke dalam laptop untuk digunakan sebagai font header anda.
Anda mestilah sudah menyimpan gambar-gambar untuk dijadikan sebagai header.

Langkah 1


Buka Adobe Photoshop.
Klik File > Open dan pilih gambar anda.
Selepas itu, di bahagian kanan Adobe Photoshop, right klik pada gambar anda dan pilih Duplicate layer dan tekan OK

Langkah 2


Kini ada 2 Background, sila tutup simbol mata di Background,
manakala di Background copy, tidak perlu buat apa-apa

Langkah 3


Di bahagian kanan, pilih Eraser Tool dan padam pada background gambar anda. Saya gemar guna "Magic Eraser Tool" sebab lebih cepat. Kalau nak guna, hanya right klik pada simbol Eraser Tool.

Langkah 4


Anda boleh ubah saiz Eraser seperti yang ditunjukkan pada anak panah.

Langkah 5



Selepas selesai padam, right click gambar anda dan pilih Blending Option

Langkah 6


Di Blending Option, sila pilih border yang disediakan mengikut citarasa masing-masing dan klik OK

Langkah 7


Selepas itu, sila minimize/restore down gambar anda tadi

Langkah 8



Ok kali ini kita nak buat header pula.
Klik File > New, lepas tu sila pilih tinggi dan lebar header mengikut kesesuaian blog anda. 900x300 pun sudah memadai

Langkah 9



Sila klik pada page gambar yang anda padam tadi.
Kemudian sila tarik (drag) gambar anda di background copy ke dalam New Header tadi.

Langkah 10


Ubah saiz gambar anda dengan klik Edit > Transform > Scale

Langkah 11



Ubah saiz dan ubah kedudukan gambar anda mengikut kesesuaian

Langkah 12

Selepas selesai ubah saiz dan kedudukan, sila klik tanda right.

Langkah 13


Selepas itu, sila tambah text dengan klik pada huruf 'T'

Langkah 14


Anda boleh ubah teks seperti yang ditandakan dari segi style, saiz dan warna

Langkah 15



Di bahagian kiri, right click pada teks anda dan pilih Blending Option.

Langkah 16



Kalau dah puas hati, boleh lah save ya.
Sila klik File > Save For Web and Devices

Langkah 17


Kalau nak jadi header transparent, hanya guna Magic Eraser Tool dan padam background putih kt header tu. Anda juga boleh tambah banyak lagi imej/gambar kt header tu. Sila save as PNG 24 untuk save.

Dah siap.. senang tak? simple je kan? anda juga boleh menambah beberapa lagi gambar atau font yang menarik dalam header. Sila klik sini untuk melihat koleksi header blog firdauskasim yang simple mimple pimple! hehe!

Apa? malas nak buat header? takpe, untuk pembaca blog firdauskasim, saya boleh buatkan header secara percuma kepada anda. Hanya hantar gambar dan nickname blog untuk dijadikan header di sini.

Untuk melihat sample dan design, sila klik sini.

Tutorial di atas hanya basic sahaja dan jika ada soalan, boleh beritahu di bahagian komen.

Bolehlah share tutorial ini kepada rakan-rakan blogger di Facebook atau Twitter dengan hanya tekan butang share. Terima kasih :)

Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/04/cara-buat-header-blog-guna-photoshop.html#ixzz1RUz3Uxa1

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...